Monday 28 May 2012

Pokok Telinga Kera

Pokok telinga kera kat rumah tu dah hampir mati. Tak bersiram hampir seminggu. Mesti buat sesuatu petang ni. Kesian pokok tu kalau dia boleh bercakap, dia dah menangis nak air. Petang ni mesti buat operasi secara besar2an. Buang daun dan dahan yang layu dan tanah perlu digembur semula. Sayang nak buang sebab pokok ni dibeli sejak 2009.

Hari Kedua Kursus

Hari ini kita dah pandai sikit dari semalam. Hari ini semangat nak buat berganda dari semalam sebab dah pandai. Seronok sangat.

Najihah Buat Macaroon

Hari ini dlm sejarah anakku najihah masak biskutnya yang pertama. Kesian dia. Berpeluh. Maknya tengok saja. Biar dia belajar berdikari. Najihah mula ke dapur selepas isyak....rasa2nya habis masak jam 1 pagi. Maknya dah tidur. Tapi pagi ni dapurku kemas dan bersih. Malam tadi jam 12 mlm sempat turun dan merasa biskutnya. Semua orang puji.

Sunday 27 May 2012

Hari pertama cuti sekolah...Mei 2012

Hari ni ada kursus membina blog di sekolah. Tepat jam 7.45 pg dah keluar rumah. Bertolak awal berhasrat utk singgah mana-mana gerai utk beli kuih muih, bekal utk breakfast di sekolah nanti. Rupa-rupanya dua gerai yg disinggah, peniaganya tidak berniaga. Gerai ketiga...aku beli sebungkus nasi lemak dan kuih muih. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 8.20. Dalam perjalanan ke sekolah teringat anak dara di rumah....apa dia makan untuk breakfast. Kesian dia...maknya bangun awal tapi masih tak sempat buat breakfast. Mujur dalam peti ada lauk mlm tadi dan sebelum keluar rumah tadi sempat panaskan nasi dlm rice cooker.

inilah anak daraku